Bertemu lagi kita pada kali ini..
Entry kali ini ialah untuk memperkenalkan satu lagi produk untuk anda semua.
JCare - In
Sekiranya anda merupakan seorang pesakit DIABETES yang telah
- Bertahun-tahun menggunakan ubat
- Terpaksa Berpantang
- Suntik Insulin
- Tekanan Darah Tinggi
- Masalah Luka yang kritikal
Besar HARAPAN untuk anda pulih seperti asal!!!
JCare-In merupakan :
- ALTERNATIF untuk ubat-ubatan atau kegunaan suntikan.
- Melegakan komplikasi berkaitan dengan kondisi anda seperti penglihatan kabur, gangren, keletihan dan sebagainya
- MEREMAJAKAN organ-organ yang mustahak seperti hati, buah pinggang, pankreas, jantung dan usus.
JCare-In adalah kombinasi herba-herba istimewa yang terpilih di seluruh dunia. Dengan menggunakan kaedah bio-teknologi moden dan sistem pengekstrakan dingin, JCare-In sebagai produk yang unik bagi menghasilkan produksi insulin dan mengimbangkan fungsi pankreas.
Produk ini mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Halal.
MAL 07124653TC
KUALA LUMPUR 7 April - Orang awam yang menggunakan dua produk kesihatan tradisional `JCare-su' dan `JCare-in' diminta menghentikan pengunaannya serta merta kerana dikesan mengandungi bahan campuran palsu `glibenclamide'.
ReplyDeleteKetua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, pendaftaran produk `JCare-su' dan `JCare-in' dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada mesyuaratnya yang ke-237 berikutan pengesanan racun berjadual iaitu `glibenclamide'.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, glibenclamide digunakan dalam seliaan ubat terkawal untuk pesakit mengidap kencing manis dan ia tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.
"Ubat-ubatan yang mengandungi glibenclamide hanya boleh dibekal oleh doktor atau ahli farmasi sahaja. Penggunaan glibenclamide tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti hypoglycaemia dan antara simptom hypoglycaemia ialah pening, menggigil, berpeluh, keliru dan lesu,” katanya.
Pemegang pendaftaran bagi kedua-dua produk ini ialah Usaha Kiara Sdn. Bhd dan dikilangkan oleh Len Fa Medical Supplies(M) Sdn Bhd.
Dr. Hasan berkata, penjual diingatkan supaya tidak menjual produk berkenaan dan sekiranya ingkar mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. - Bernama